Friday 3 June 2016

WARKAH BUAT AYAH

WARKAH BUAT AYAH 

Hari ini sudah genap sebulan ayah meninggalkan kami. Hari2, yang kami lalui penuh dengan lakonan, lakonan ap, lakonan untuk tidak menyatakan kesedihan dan berasa kehilangan ayah pada diri kami masing2... Jujur kami tak sekuat dari kami sangka... Teringat saat kita sekeluarga diuji wahai ayah.. Kami mengasingkn diri dari ayah kerana sesuatu.. Sungguh kami tak menyangka bahawa, itu adalah petanda bahawa kami benar2 akan jauh terasing dengan ayah.. 

Setelah ayah pergi ramai yang datang dan tidak kurang juga menitipkan salam takziah sekeluarga diatas apa yang telah berlaku.. Sungguh kami masih merasakan ayah masih ada bersama kami, namun kadang2, hati kami tewas kerana kami tak mampu berpura2 untuk sentiasa mnggangap ayah masih ada. 

Wahai ayah, ayah pergi meninggalkan kami sedangkan kami belum sempat menabur bakti.. Rasa terkilan dihati kami, tapi kami sentiasa redha dan kami yakin bahawa ini semua diatur cantik oleh Allah... Sedang kami bergurau senda ketika hendak menghiburkan hati, tiba2 teringat bahawa kita sering skali bergelak ketawa bersama2 suatu ketika dahulu , allah berikan kami kekuatan diatas semua ini.

Jujur bagi kami wahai ayah, untuk menempuh masa akan datang amatlah terasa, kehilangan walaupun hnya untuk mencapai sebulan terasa tempoh yang sungguh panjang dan seolah tiada akhirnya. Tp kami sedar dunia ini hnya persinggahan, tenang la ayah disana, terlalu letih untuk ayah diuji lagi, ayah telah bnyak berjasa pada kami sekeluarga sebelum ini. Allahu sungguh rindu dan terkenang saat itu.

Tidak la ada harapan yang lain, selain kami sentiasa berdoa dan berharap sangat bahawa kita akan dikumpulkan bersama ayah didalam pertemuan yang lebih baik iaitu didalam syurga kelak.. 

-ismail bin yasin
-norizan binti yusof
-muhammad syafiq bin ismail
-nursyahirah binti ismail
-muhammad syazwan bin ismail
-muhammad syahir bin ismail






Tuesday 20 May 2014

Sedikit perkongsian untuk peringatan kita bersama...

Assalamualaikum....

diatas permintaan peminat admin teruskan la berkongsi tentang apa yang admin dapat didalam kuliah2 yang mana admin sempat mencelah... hehe, melawak. ja.. 

Darul Murtadza..

-darul murtadza mengadakan majlis ta'alim pada setiap minggu iaitu setiap hari jumaat malam diadakan dari pukul 9 mlam sampai la lebih kurang pkul 11 lebih..
-di darul murtadza, majlis dimulakan dengan bacaan ratib al haddad oleh pengerusi majlis, kemudian sementara menunggu al habib ali sampai majlis akan diselangkan dengan bacaan qasidah.
-orang awam dibenarkan untuk membaca al-quran beserta tafsir, hadis didalam riyadus solihin, bidayatul hidayah dan peringatan umur insan (kitab ini dah habis dibahas) untuk diperdengarkan kepada yang hadir di majlis tersebut..

ini lah dia kitab-kitabnya..





-Majlis ta'lim darul murtadza juga mengadakan majlis maulid pada setiap minggu pertama pada setiap bulan. (selalunya pada hari ni lah orang paling ramai)
-dalam majlis maulid ni kita ramai melantunkan kasih sayang pada nabi dari awal majlis sampai lah habis, andai ada tetamu yang akan dirai pada haritu, mjalis maulid akan habis sedikit awal untuk memberi penghormatan kepeda tetamu untuk memberi tausiah dan sebagainya.






* akan diteruskan tentang sedikit ilmu yang sempat diambil dan ingin dikongsikan disini, (tapi andai ada kesalahan tegur2 lah yea)..


Pada 9/5/2014

'Tafsir Al-Quran'
*pada minggu itu, majlis menyambung tafsir sebelum ini iaitu surah al-imran ayat (160-164)
  (surah menceritakan tentang hidayah.)


Didalam ayat ini menceritakan;

-jika Allah menghendaki seseorang itu diberi hidayah, maka tiada siapa yang mampu menghalangNya daripada memberi kepada seseorang itu. Tetapi persoalan nya timbul apabila kita menceritakan bagaimana hendak memperolehi hidayah ini dan siapakah golongan yang dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayah)
-namun persoalan ini telah dijawap pada ayat yang sebelumnya yang bermaksud ' Barangsiapa yang menolong Allah maka Allah akan menolong nya'. jadi ayat ini menceritakan kepada sesiapa yang berada dijalan allah( orang orang yang berjihad menegak kan kebenaran dan mencegah kemungkaran) allah akan beri pertolongan yakni hidayah kepada mereka.
-ayat ini juga mengisahkan tentang kenapa kadang kadang doa kita tidak dimakbulkan dan apa yang kita hajati tidak dapat dicapai, dan tidak mendapat pertolongan Allah. jadi mereka-mereka ini hendaklah memeriksa semula amalan yang dilakukan atau perilaku mereka kerana mungkin ada yang tidak sempurna dalam amal dan juga niat.
-kita juga disuruh melakukan apa sahaja yang disuruh oleh allah untuk dilakukan tanpa mempertikaikan walaupun satu benda, namun kita boleh mengkaji kenapa Allah suruh berbuat demikian, ketahuilah apa yang Allah ajarkan kita melalui nabi muhammad s.a.w semuanya ada hikamah yang terselindung disebalik nya. 
-Andai bertembung diantara perkara berkaitan iman atau perkara yang Allah suruh buat yang dikira tidak logik akal maka buatlah perkara tersebut sesungguhnya Allah maha mengetahui disetiap perkarayang berlaku.
-Janganlah kita yakin pada asbab walaupun secara logiknya asbab itu hebat, namun andai Allah hendak melakukan perkara yang berlainan dan bertentangan dengan asbab tersebut, maka Allah boleh melakukannya.
-namun kita juga disuruh tidak meninggalkan asbab, kerana meninggalkan asbab adalah suatu perbuatan yang salah.
-kerana kita disuruh mengambil asbab tetapi tidaklah bergantung pada asbab tersebut.


'Riyadus Solihin'
*hadis 14 didalam tajuk Qona'ah (menerima apa yang ada) kesopanan dan sederhana celaan terhadap minta minta yang bukan terbaksa)

~admin taklah ceritakan sanad hadis , maksud hadis , atau cerita hadis ni secara spesifik tetapi hanyalah mengambil sedikit huraian kerana tidak la mampu menceritakan semua tentang hadis ini.hehe

-hadis ini meceritakan tentang tsauban ra yang menjamin kepada manusia yang tidak meminta minta akan peroleh syurga.
-tsauban ini dikisahkan didalam riwayat walaupun beliau berada didalam syurga, mendapat nikmat syurga mendapat kesenangan didalam syurga namun hatinya tidak juga tenang selagi tidak bersama nabi muhammad s.a.w.
-hadis ini menasihati kepada umat islam yakni kita supaya tidak bersikap meminta-minta.
-barangsiapa yang tidak meminta-minta sesama manusia, menjaga kemaluannya, menjaga mulutnya maka nabi akan jaminnya memasuki syurga.

*hadis 15
-masih menceritakan bab meminta-minta.
-andai kita terpaksa meminta-minta kerana darurat maka mintalah sekadar keperluan.
-orang yang dibolehkan meminta-minta ad 3 golongan;
    1) seseorang yang menanggung tanggungannya maka dia dibolehkan meminta sehingga mendapat       keperluannya kemudian berhenti.
    2) seseorang yang ditimpa bala bencana hingga habis seluruh hartanya, maka dibolehkan meminta sehingga sekadar mencukupi keperluannya.
    3) seseorang yang benar-benar miskin dapat disaksikan 3 orang terkemuka dari kaumnya maka dibolehkan meminta sekadar mencukupi keperluannya.
-maka selain dari 3 golongan ini maka ia jatuh kepada haram (hadis ini panjang, kalau nk diceritakan mungkin tak faham, jadi diringkaskan untuk pemahaman umum, lebih kurang begini la (hadis riwayat muslim))


*pada minggu ini darul murtadza dihadiri seorang iaitu al-habib ahmad(maafla nama penuh taktau), beliau tutut diberi kesempatan untk memberi tausiah.

'al-habib ahmad'
-kita hendaklah menghadirkan diri kita didalam majlis ilmu untuk meraih hidayah daripada Allah.
-ketahuilah bahawa ilmu yang kita peroleh ini adalah sambungan daripada nabi muhammad s.a.w.
-ilmu ini hendaklah kita ambil daripada hati dan juga dada orang orang yang berilmu.
-dalam kita mengambil ilmu, hendaklah kita mengambil dari sanad yang betul.
-sanad terbahagi kepada 3;
    1)sanat riwayat (orang yang menyampaikan sanad dengan membaca)
    2)sanat diro yah(orang yang menyampaikan sanat kerana faham)
    3)sanat tazkiyah (orang yang menyampaikan sanat kerana faham dan menyampaikannya)
-majlis ilmu adalah suatu nikmat untuk kita.
-apa yang kita perolehi daripada majis ilmu ibarat suatu buah fikiran untuk kita takut pada Allah dan beriman kepadanya.
-apabila Allah memberi kemulian pada orang yang mencari ilmu, orang itu akan bertambah taqwa(takut) pada Allah sepertimana yang Allah beri pada ulama.
-kita yang mempunyai ilmu hendaklah mempunyai semangat untuk berdakwah sambil merasa hina dan takut pada Allah.
-daripada abu darda katanya, "orang yang menyampaikan ilmu kepada seseorang dan samaada orang itu manfaatkan ilmu tersebut atau tidak maka itu lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
-ilmu yang kita belajar hendaklah menambahkan rasa taqwa dalam diri untuk mendapat hidayah dari Allah.
-bertaqwalah kepada Allah, Allah akn beri ilmu kepada kita.
-orang yang ada ilmu padanya, dia tidak akan suka melakukan maksiat.\
-dengan membunyai ilmu kita akn merasai kelazatan, keindahan untuk melakukan ibadah.

wallahu'alam...


*itu sahaja dari admin untuk kali ini, insyaallah akan diperlanjutkan perkongsian, (doakan semoga admin rajin update blog, kih9)... maassala wa ilal liqa... (andai ada salah dah silap, diharapkan supaya menegur) 




 

Monday 5 May 2014

Catitan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...

Apa khabaq semua, harap2 semua sihat sejahtera disamping sentiasa mendapat  rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t... dah lama rasanya tak tulis blog ni, rasanya dah berswang blog ni.. harini ini admin ingin berkongsi, dari apa yang admin dapat daripada ceramah2, dan majlis2 taalim yang admin sempat hadiri..

Yang pertama;









Majlis ta'alim darul murtadza

 -Majlis ni diadakan pada setiap hari jumaat malam bermula dari pkul 9 (lepas isya begitulah) sehingga pukul  11.30  (lebih kurang heheh).. 
-Pertama kali admin sampai sini, seronoknya, sebab dapat jumpa habib, dan kuliah2nya masyaallah hebat..  beliau amat admin kagumi kerana beliau ni taklah tua mana tapi mempunyai ilmu yang tinggi..
-Disini diadakan maulid bulanan pada setiap jumaat minggu pertama pada setiap bulan.. (faham tak) ish3... 
-Disini kadang2 dihadiri oleh ulama2 muktabar dari yaman yang hebat2 belaka.. jadi siapa yang datang pada  minggu yang dihadiri oleh ramai para2 alim ni, bertuah la... ad rezeki dapat la salam... hehehe..

admin nk kongsikan beberapa ilmu yang sempat admin catit haritu..


USTAZ HASAN SAIFUL RIJAL(Merupakan mudir majlis taalim di Singapura)

"tausiah ustaz hasan saiful rijal"
-Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."..
-beliau ada ijazahkan satu doa iaitu 'Robbifirli Warhamni Watub Alaiya' (barangsiapa amal doa ini Allah akan elakkan dia dari kene api neraka)

selepas ustaz hasan memberi tausiah, habib ali sambung tausiah tersebut sampai habis waktu, dan tausiah yang diberi oleh habib ali ialah..

-barangsiapa yang merendahkan diri Allah akan tingkatkan darjatnya.
-barangsiapa yang membantu hajat orang lain allah akan tunaikan hajat orang tersebut di akhirat kelak
-andai kita tak mampu meringankan beban orang lain, janganlah kita pula menjadi orang yang menambah beban orang tersebut.
-membahagiakan hati orang lain itu merupakan suatu sedekah.

kemudian esoknya pula admin diberi kesempatan untuk menghadiri kuliah dhuha oleh ustaz don danial.


Yang kedua;




'tausiah ustaz don danial'

*mula2 beliau akan mulakan kitab pengajian bulanan iaitu kitab hidyatus salikin
-Orang yang mengambil wudhu ini ada ghurrah (cahaya).
-Sunat melebihkan air wudhu diluar kawasan anggota wudhu, sebagai contoh apabila ambil wudhu di tangan kanan, sunat melebihkan anggota wudhu sehingga bahu.
-Apabila melakukan tugasan harian, sunat untuk memulakan dibahagian kanan dahulu.

Adab ilmu
-adab untuk belajar ilmu mestilah ada niat terlebih dahulu.
-menuntut ilmu terbahagi kepada 3;
           -niat kerana Allah
           -niat untuk menghilangkan kejahilan
           -niat untuk menegakkan kalimah la ilaha ilallah.

-ustaz don danial juga ad menceritakan tentang seorang ulama yang amat hebat, iaitu al sheikh mutawalli sya'rawi. tapi kalau admin nk cerita kat sini amatla panjang dan hebat tentang ulama tersohor ini. andai ada yang berminat untuk tahu, boleh la cari sendiri atau comment dibawah ni, barula admin akan cerita. (tiada paksaan yea hehehe)

-akhir sekali ustaz don danial tutup majlis dengan sedikit doa dan beberapa nasihat yang amat berguna untuk admin..



*sekian itu saja la untuk admin bercerita kali ini, andai ada komen atau kesalahan, sila sila la tegur.. wallahu'alam...




Monday 3 February 2014

Dakwah



Dewasa ini kita dikejutkan dengan pelbagai masalah ummah yang berlaku disekeliling kita, sama ada kita perasan mahupun tidak. Namun seiring dengan permasalahan yang berlaku terdapat pelbagai cara2 berdakwah yang boleh kita ambil sebagai iktibar kepada kita... cakap macam menteri pula.. haha.. ok admin hari ini mahu bercerita tentang cara cara atau medan dakwah yang boleh kita ikuti ataupun pelajari daripada program itu...

yang pertama..;
jeng3... 
FACEBOOK




seperti mana kita semua tahu facebook ini datang macam virus kepada umat malaysia ni.. setiap perkara ada baik ada buruknya... sesiapa yang mengunakan facebook ini salah satu medan dakwah maka baik lah hasilnya.. sesiapa yang ada facebook ni nak mengutuk orang ja.. fikir2 sendiri la... hihi..

yang kedua...;
PENCETUS UMMAH


admin sebenarnya baru je tengok pencetus ummah ni.. admin paling minat dengan al fadhil ustaz shahul hamid ni.. sebab apa admin kenal dia sebelum di masuk pencetus ummah ni dia mengajaq MASYAALLAH.. garang gila.. tapi bila dia masuk pencetus ummah admin baru tahu perangai dia, dan ini ialah salah satu cara beliau berdakwah... admin sokong la kalau dia menang sebab apa dia ini ada sekolah pondok  dan walaupun admin dengar yang semua peserta pencetus ummah ni hebat2, namu admin tetap suka dia.. kih3... 

yang ketiga...;
YOUTUBE


admin sebenarnya berminat nk buat video2 pendek berunsur dakwah kemudian share pada rakan2.. macam mat lutfi... tapi admin masih belum ada kekuatan lagi haaha... kepada sesiapa yang berminat buat video lepas tu post dekat youtube tu tolng la post2 benda yang berfaedah, buka apa kalau kita buat benda tak faedah atau benda yang boleh menimbulkan dosa lagi, bukan saja dapat kutukan dari manusia malah dapat dosa lagi.. ish3... fikir2 kan lah...


yang keempat...;
ORGANISASI


usrah adalah salah satu bentul organisasi, usrah ni ada dipunya modul la, tapi modul dia semuanya sangat bermanfaat.. admin sertai salah satu usrah di politeknik admin sesungguhnya seronok berusrah nak2 dapat pula naqib yang ilmunya masyaallah.. sebnarnya dengan usrah kita dapat menjaga diri kita dari terjebak dengan maksiat sebab apa dengan usrah ni umpama tali yang dapat kita pegang daripada kita tersasar dari landasan hidup yang betul.. fahimtum..? 


....


ok cukup latu admin berceloteh, semoga bermanfaat.. harap2 faham la, kalau tak faham buat2 faham la.. hihihi... yang baik itu dari Allah yang lemah itu juga dari Allah yang turunkan pada diri admin yang lemah ni diatas sebab yang pelagai... hihihi... 
maassalama wa ilal liqa....

Friday 6 December 2013

Habib umar

Biografi Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz

Nasab


Nasab beliau yang mulia ialah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin‘Aidrus bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain cucu Nabi, putera kepada pasangan ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sohbihi wasallam.

Kehidupan


Beliau dilahirkan sebelum waktu fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan dari kota ini selama berabad-abad lamanya. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.


Demikian juga kedua-dua datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang juga merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum 'ulama dan intelektual Muslim pada zamannya. Allah seakan-akan telah menyediakan kondisi dan persekitaran yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar melalui hubungannya dengan para intelektual muslim di sekitarnya serta kemuliaan yang muncul daripada kalangan keluarganya sendiri dan lingkungan masyarakat di mana beliau dibesarkan.




Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain. Beliau turut serta dalam halaqah ilmu yang dikendalikan oleh ramai ulama-ulama tradisional seperti al-Shaikh Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab, al-Shaikh Fadl Baa Fadl dan juga para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari ilmu-ilmu agama dan kerohanian dari ayahnya yang meninggal syahid, al-Habib Muhammad bin Salim, yang daripadanya beliau dapatkan cinta dan perhatian yang mendalam pada da'wah dan bimbingan keagamaan mengikut cara yang dikehendaki Allah SWT. Ayahnya begitu memperhatikan al-Habib ‘Umar sewaktu kecil yang sentiasa berada di sisi ayahnya di dalam halaqah ilmu dan zikir.

Satu ketika berlaku peristiwa tragis saat al-Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk menunaikan solat Jum‘at, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan beliau yang masih kecil ketika itu pulang bersendirian ke rumahnya dengan masih membawa syal (kain berupa selendang) milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak lagi kelihatan. Ini menyebabkan beliau menganggap bahwa tanggung jawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya iaitu dalam bidang da‘wah disampaikan melalui syal ayahnya, ibarat sebuah bendera perjuangan yang diberikan kepadanya sebelum ayahnya mati syahid. Sejak itu, dengan bendera tersebut yang dikibarkannya tinggi-tinggi, ia memulakan secara bersemangat perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk majlis-majlis ilmu dan berda’wah. Perjuangan dan usahanya yang gigih demi meneruskan perjuangan ayahnya mula membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat di mana ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.




Sesungguhnya al-Habib ‘Umar ialah seorang ulama' yang benar-benar memahami kitab suci al-Quran sehingga ia telah diberikan sesuatu kurnia yang khusus daripada Allah, meskipun ketika usianya yang masih muda. Namun hal ini mula menyebabkan timbulnya kekhuatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan supaya beliau dihantar ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara. Ini menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang berniat jahat ingin mencelakakan beliau.

Di sana bermula babak baru yang penting dalam perkembangan ilmu beliau. Dengan memasuki sekolah Ribat di al-Bayda’ beliau mula belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan mereka yang ahli iaitu al-Habib Muhammad bin ‘Abd-Allah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan seorang 'alim mazhab Shafi‘i al-Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya beliau diangkat sebagai seorang guru tak lama kemudian. Beliau terus melanjutkan perjuangannya yang tak mengenal erti lelah dalam bidang da‘wah.




Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat. Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.


Sejak saat itu, sekelompok besar masyarakat yang telah terkesan dengan da'wah beliau mula berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan da‘wah di bermacam-macam kota, baik besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mula mengunjungi banyak tempat mahupun masyarakat di seluruh Yaman, mulai dari kota Ta'iz di utara, untuk belajar ilmu daripada mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mula menaruh perhatian dan kasih-sayang yang besar terhadap beliau sebagaimana yang didapatkan daripada Shaikh al-Habib Muhammad al-Haddar sehingga guru beliau itu menawarkan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang luar biasa.

Tak lama kemudian, beliau melakukan pengembaraan yang melelahkan untuk menunaikan ibadah Haji di Makkah dan menziarahi makam Rasulullah SAW di Kota Madinah. Dalam perjalanannya ke tanah Hijaz, beliau dikurniakan kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab daripada para ulama yang terkenal di sana, terutama daripada al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang telah menyaksikan bahawa di dalam diri al-Habib ‘Umar, terdapat semangat pemuda yang penuh kecintaan terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW dan seorang yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu dan keadilan kepada umat manusia, sehingga beliau benar-benar dicintai al-Habib Abdul Qadir selaku salah-seorang gurunya yang utama. Beliau turut dikurniakan kesempatan untuk menimba ilmu dan mendapatkan bimbingan daripada kedua-dua simbol keadilan di Hijaz, yakni al-Habib Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Habib 'Attas al-Habashi.




Sejak itulah nama al-Habib Umar bin Hafiz mula tersebar luas disebabkan kegigihan usaha beliau dalam menyeru manusia kepada agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan kemasyhuran yang besar ini tidak sedikit pun mengurangkan usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya. Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingati Allah dalam pelbagai manifestasi dan cara, dalam pelbagai situasi dan lokasi yang berbeza. Perhatiannya yang mendalam dalam usaha menyuburkan keimanan terutamanya terhadap mereka yang berada di sampingnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling dilihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke seantero dunia masa kini.




Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka
2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.




Al-Allamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun

Karya


Di samping seorang pendakwah, Habib Umar juga seorang penulis yang produktif. Karya-karyanya tidak terhad kepada ilmu Fiqh sahaja, bahkan beliau juga mengarang beberapa kitab Tasawuf dan Maulid. Kitab yang ditulis antara lain:

• Dhiya'ul Lami' (Maulid Nabi Muhammad SAW)
• Dhakhira Musyarofah (Fiqh)
• Muhtar Ahadits (Hadits)
• Nurul Iman (Aqidah)
• Durul Asas (Nahu)
• Khulasah Madad an-Nabawi (Zikir)
• Tsaqafatul Khatib (Panduan Khutbah)




















Olahan semula daripada sumber asal:

Saturday 30 November 2013

para pencinta guru mulia


Peringatan Buat Para Pencinta Guru Mulia Habib 'Umar









In Shaa Allah tidak sampai seminggu lagi Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abi Bakar bin Salim حفظه الله akan datang ke Malaysia. Pastinya para pencinta beliau tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu dengan beliau.


Maka, sebelum Guru Mulia hadir, maka ingin al-fagir ingatkan kepada para muhibbin agar beradablah ketika menghadiri majlis beliau, agar insiden yang pernah berlaku di tahun-tahun lepas tidak berulang lagi.


Alhamdulillah pada tahun lepas 2012, al-fagir diberi kesempatan oleh Allah Ta’ala untuk mengikuti Guru Mulia dari KL/Selangor, Melaka, Johor dan Kedah. Sambutan dari para muhibbin sungguh luar biasa. Setiap tempat dikunjungi Guru Mulia, ribuan muhibbin menghadirinya. Namun ada beberapa insiden yang berlaku tatkala mereka berebut-rebut untuk bersalaman dengan Guru Mulia. Berlaku tolak menolak dan sebagainya sehingga menyusahkan Gugu Mulia untuk bergerak. Bahkan di satu lokasi, Guru Mulia melantunkan dhikrullah untuk meredakan tolakan dari para muhibbin untuk bersalaman dengan beliau. Ada yang menolak beliau dari belakang bahkan ada yang menarik baju dan ekor serban Guru Mulia dari belakang. Allahu Allah … dimana adab kalian????


Maka untuk lawan Guru Mulia kali ini, al-fagir ingin mengajak para muhibbin untuk lebih beradab dengan Guru Mulia. Andaikata kita tidak dapat bersalaman dengan beliau cukuplah dengan bersalaman dengan hati kita. Cukuplah dengan lirikan beliau kepada kita. Usahlah berhimpit-himpit, bertolak-tolak sehingga menyusahkan Guru Mulia. Janganlah dengan perbutan kita yang tidak beradab itu membuatkan kita terhalang dari mendapat barokah, nadzrah dan sebagainya daripada Guru Mulia.





Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir رحمه الله تعالىmenyebut di dalam kitabnya al-Majmu’ setelah beliau menceritakan kelebihan atau faedah duduk bersama orang-orang sholeh, seperti berikut:

















Dan ketahuilah (wahai saudaraku) semoga Allah merahmatimu: Sesungguhnya faedah-faedah ini (yakni faedah duduk bersama orang-orang sholeh – mendapat rahmat, barokah, asror dan sebagainya) dan selainnya itu terhasil ia bagi sesiapa yang duduk serta orang-orang sholeh dan beradab dengan adab yang zahir dan batin (ketika duduk) bersama mereka. DAN PERKARA YANG PALING UTAMA ADALAH DALAM PERKARA ADAB, sekiranya (tidak memberi perhatian tentang adab), maka sungguh telah dikatakan: Bukanlah tegah (dari mendapat rahmat, barokah, asror dan sebagainya) itu bahwa engkau tidak direzekikan duduk serta orang-orang sholeh, akan tetapi tegah itu bahwa engkau direzekikan (hadir dan duduk bersama para sholehin) tetapi tidak direzekikan beradab serta mereka.



Dan di dalam kitab al-Manhaj al-Sawi Syarh Ushul Thariqah al-Saadah Aal Ba’Alawi , Guru Mulia al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein BinSumaith حفظه الله berkata:



Dan telah berkata Abu al-Hasan al-Jausaqiy رحمه الله تعالى: Tanda (ciri) kebinasaan itu bahwa seorang hamba direzeqikan bersuhbah (berdamping) dengan orang2‘arif namun dia tidak memuliakan mereka.


Semoga peringatan yang sedikit ini dapat dimanfaatkan.

hati oh hati


Soal Hati




Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.

Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”

Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit. Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan. Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya, dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Surah Yusuf 12:53).





VIRUS DOSA



Seumpama penyakit lahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati. Ada virusnya yang tersendiri. Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.

“Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati tidak secara mendadak. Ia akan merosakkan hati secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat. Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan lahan, tahap demi tahap.

—————————–



ADA EMPAT TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI MANUSIA





1. Rasa Bersalah Dengan Dosa



Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini).

Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.

Atas dasar pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusa seolah olah berperang dengan dirinya sendiri.

2. Rasa Biasa Dengan Dosa

Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak akan datang lagi. Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa

3. Rasa Seronok Dengan Dosa

Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan. Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.



Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati. Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah. Bagi dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh didalam hati.

4. Jadi Pembela Kepada Dosa

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat. Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.

Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si “toxic people” ini sebagai sesuatu yang indah, seronok, dan menguntungkan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta. Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah. Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Isra’ 17:72)

————————


BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT HATI



Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya. Rasullullah SAW menjelaskan hati itu bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak. Simpang siur dan turun naiknya begitu unik. Kekadang ia sihat dan baik bagaikan fitrah asalnya. Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.

Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit? Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:

“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.

Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).

Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak. Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa kita telah “tercabut”.

Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain. Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit. Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.

JALAN MUJAHADAH



Hati yang sakit wajib dirawat. Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat. Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).

Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa. “No pain, no gain”.

Itulah hukumnya. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah. Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.

Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)

Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati. Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini. Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.

Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :

“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

———————————————–


MARI KITA PERINCIKAN TIGA KAEDAH INI:

1. Membaca Al-Quran

Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)



Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)



Bagi mereka kehidupan adalah sempit. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat. Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)



Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.



2. Mendirikan Solat

Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat. Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:

“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.



Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa. Sebagai perbandingan, pakar pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan kepada orang yang kita sayangi, percayai atau hormati. Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.

Ini dibuktikan secara saintifik. Kajian menunjukkan manusia perlu didengar kata-kata dan rintihannya seperti ia memerlukan makanan. Kata mereka, bila didengar ini akan melegakan perasaan rasa resah yang ditanggung. Bijak pandai ada mengungkapkan “The first duty of love is to hear”- tugas cinta yang pertama ialah mendengar.

Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan. Apa lagi jika kita solat, ini beerti kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.

Bukankah antara satu nama Allah SWT ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya. Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.

Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.

Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.



3. Mengingati Mati

Rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.

Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).

Jadilah insan yang bijaksana sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasullullah SAW, yakni mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah SAW hidup bahagia, tenang dan aman disamping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.

Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh.

Persediaan menghadapi mati menyebabkan ktia lebih produktif dan aktif dalam hidup! Sebaliknya melupakan mati akan mematikan hati.

sumber: Majalah Solusi Isu 4; antara majalah yang penuh dengan perkongsian ilmu.